Enam tahun yang lepas, back in 2006 sesuatu yang tak diduga telah berlaku yang mana saya dan isteri saya telah diuji oleh Allah S.W.T. Anak yang kedua saya tiba-tiba jatuh dari "rocking horse" dan akibat dari itu dia mengalami bleeding di dalam kepala dia. Saya masih ingat hari itu, Ahad. Saya macam biasa akan hantar isteri saya ke Uitm seksyen 17 kerana beliau mengajar PLK couse every sunday, dan lepas tu saya bersama anak saya yang sulong on the way menghala ke Giant Seksyen 13 untuk menukar satu alatan penapis air yang saya beli hari semalam yang tak berfungsi langsung. Selepas menukar penapis air tersebut, saya menerima panggilan dari isteri saya menyatakan anak lelaki saya jatuh dan muntah tidak henti. Anak saya itu telah dibawa ke DEMC shah alam oleh kak ipar saya yang kebetulan tinggal berhampiran rumah saya.
Saya dengan serta merta ke Uitm seksyen 17 untuk mengambil isteri saya dan kita orang terus ke DEMC shah alam. Sampai sahaja di DEMC shah alam, saya dinasihatkan untuk Dr disitu supaya anak saya di hantar ke SMC shah alam seksyen 20 supaya CT scan dijalankan dengan serta merta. Di SMJC seksyen 20, anak saya dimasukkan di unit rawatan rapi, dan CT Scan dijalankan dengan serta merta. Selepas CT scan dijalan, dua orang Dr meneliti Xray CT scan anak saya dan Dr tersebut confirm yang anak saya mengalami bleeding didalam kepala dan ianya pelu rawatan dengan kadar segera. Saya diberi option kepada saya oleh Dr berkenaan, sama ada saya hantar anak saya ke hospital keraajaan atau hospital swasta. Saya dipahamkan anak saya perlu perbedahan dengan kadar segera supaya blood clog di dalam kepala dia dirawat dengan kadar segera.
Dan di klang valley ini hanya ada dua Dr pakar yang boleh melakukan perbedahan tersebut, one at SMC and another one at SJMC. Saya dipahamkan semua kos perubatan untuk kos perbedahan itu adalah lebih kurang RM20 K ++. Bila masa saya mendengar figure tersebut, dalam hati saya "Ya ALLAH, mana aku nak carik duit sebanyak tu, isteri aku telah pengsan bila mendengar figure tersebut. Setelah beristifar 3/4x, saya bertawakal kepada ALLAH dan saya redha dengan ujian yang Maha Essa, saya bersetuju agar anak saya dihantarkan se SJMC dengan kadar segera. Di SJMC dua Dr pakar, satu Dr pakar kanak-kanak dan satu lagi Dr pakar Otak telah menjalankan pemeriksan intensive terhadap saya, beliau berdua telah memberi ubat untuk mengurangkan tekanan didalam kepala anak saya. Dan keesokkan paginya kepala anak saya akan dibedah untuk mengeluarkan darah didalam kepala supaya blood clog tidak berlaku.
Pada malam tersebut anak saya diletak di dalam pemerhatian Dr 100%, surat kelulusan untuk menjalankan perbedahan telah saya tandatangani. Di malam itu saya dan isteri memohon dari Yang Maha Essa agar anak saya akan selamat dan dipanjangkan umurkan. Keesokan pagi ALLah itu maha Essa, sebelum anak saya dimasukkan ke dalam bilik perbedahan, Dr kumar menjalankan pemeriksaan terakhir sebelum perbedahan di jalankan. Keputusan dari pemeriksaan tersebut , alhamdulliah comment dari Dr kumar ubat untuk mengurangkan tekanan didalam kepala anak saya gives some good result. Dia berpendapatan bahawa anak saya tidak memerlukan perbedahan. Apa yang saya paham, darah yang terdapat didalam kepala anak saya bercampur dengan air di dalam otak, air itu sebenarnya akan bercamtum dengan air yang terdapat di dalam tulang belakang. Sekiranya darah yang terdapat didalam kepala anak saya tidak menghalang perngaliran air otak dengan air didalam tulang belakang, insyallah anak saya tidak memerlukan perbedahan. Lega hati saya dan isteri bila mendengar penjelasan dari Dr kumar.
Sekarang benda yang memeningkan kepala saya, dimana saya nak cari duit sebanyak RM 20K untuk membiayai kos perubatan anak saya. Alhamdulliah baru saya teringat memang saya ada mengambil insuran perubatan untuk satu keluarga di dalam CUEPACS Care untuk tahun lepas, tapi masalah saya belum membayar premium sepenuhnya untuk tahun tersebut. Saya pun bertawakal untuk pergi ke pejabat insuran tersebut dan membayar sepenuhnya premium untuk tahun tersebut. alhamdulliah saya berjaya menyambungkan insuran tersebut. Setelah anak saya berada di SJMC lebih kurang 2 minggu disitu, dia dibenarkan keluar dan bill kos perubatan menghampiri RM15K, alhamdulliah semua kos perubatan di tanggung oleh CUEPACS Care. Sejak dari peristiwa tersebut, saya bernekat untuk mengambil insuran untuk semua anak-anak saya, saya dan isteri saya. Di sini lah datangnya " PRU BSN --> SIMPANAN DUA DALAM SATU UNTUK HARI TUA, pm saya Badrul di 019.221.4120 kalau anda berminat.
No comments:
Post a Comment