Monday, 6 February 2012

Kemenangan Peribadi

Apa itu kemenangan peribadi


Bila anda berjaya di dalam hidup anda samada sebagai pekerja yang efektif di tempat kerja, ketua keluarga di rumah keluarga yang bahagia, anak yang patut kepada ibubapa anda. Anda sedar atau tidak, anda sebenarnya telah beroleh kemenangan peribadi kerana anda telah berjaya didalam hidup anda. Tahukan anda apa resepi yang anda gunakan untuk memperolehi kemenangan tersebut ? Cuba anda pikirkan dengan mendalam ?
      
Cara untuk berjaya memperolehi kemenangan peribadi

Pernah dengar perkataan "ALTITUDE" ? Adakah ianya rahsia untuk berjaya di dalam hidup ? Ya mungkin ia merupakan perkara yang anda mesti ada untuk berjaya di dalam hidup. Tidak dinafikan "ALTITUDE" anda yang akan menentukan setakat mana anda akan berjaya di tempat kerja atau camna hubungan anda dengan isteri dan anan-anak dirumah, atau camna anda bertindak secara anak kepada ibubapa anda. Apa-apa pun formula yang anda perlukan untuk memperolehi kemenangan peribadi adalah:
  • Berpikiran positive
  • Ada matlamat hidup
  • Buat perbuat ikut kepentingan 
Bila anda dapat menguasai semua tiga perkara diatas, anda akan ada hala tujuan yang anda idamkan.
Kenapa Kemenangan peribadi itu penting bagi kita, dalam kes ini termasuk lah dengan saya sekali ? Cuba kita perhatikan dengan apa gunanya berpikiran positive, bila anda ada berpikiran begini, secara tak langsung satu tenaga dalaman yang akan tiba di dalam pikiran anda.Bermacam-macam idea akan timbul yang mana sebelum ini anda tak pernah terpikir langsung akan kewujudannya. Kita selalu mendengar istilah "think outside the box", bukan senang untuk berpikir di luar skop pemikiran kita. Memang terbukti orang yang dapat "think outside the box" akan berjaya di dalam hidup, insyallah.Bukannya susah sangat nak berpikirkan begitu, dengan berkat usaha anda insyallah anda jugak akan dapat mendalami ilmu tersebut.

Yang kedua, apa gunanya matlamat hidup? Bila kita mempunyai matlamat hidup, kita dah kenal pasti apa yang kita kehendaki dalam masa yang tertentu. Kalau ada maltlamat tanpa had masa bila sepatutnya anda pasti capai matlamat anda pun tak berguna jugak.Contohnya, matlamat hidup saya nak mengurangkan pernggunaan kad kredit pada tahun 2012, yang mana baki dalam akaun kad kredit tersebut mesti lah kurang dari RM 500 sahaja.Sekarang perancangan yang seterusnya, apa langkah yang perlu di lakukan dalam masa 10 bulan ini. Mungkin anda ada idea yang lebih bagus dari saya.
Perancangan yang perlu di jalankan adalah:
  • Jangan guna kad kredit bila isi minyak kereta
  • "Stop" pemggunaan kad kredit untuk pembeli barang yang melebih RM100, jika kalau anda tidak ada "cash money' di tangan untuk bayar balik.
  • Berhenti mengguna kad kredit untuk pembeli apa produk yang memerlukkan anda membayar "fix monthly installment" dalam jangka masa yang lambat, katakan lah dua tahun.
  • Bayaran bulanan untuk kredit kad mestilah melebihi bayaran minmium yang dikehendaki oleh pihak bank.
  • Kalau anda bernekat tidak akan menggunakan kad kredit tersebut lagi, potong kad tersebut kepada dua.
  • Jangan memiliki kad kredit melebihi dari dua kad di satu masa yang sama.

Respi yang ketiga untuk memperolehi kemenangan peribadi adalah, buat perkara ikut kepentingan. Yang kepentingannya lebih tinggi mestilah di dahulukan atau disegerakan. Jangan cuba buat kerja separuh jalan, katakan lah anda buat banyak kerja satu masa. Kejap anda buat kerja A, buat separuh jalan anda beralih ke kerja lain lak.Sampai bila kerja anda tidak akan siap sepenuhnya.  Bila anda dapat membezakan antara kerja penting dan kerja yang kurang penting, ianya akan memudahkan anda bila hendak membuat perancangan untuk harian atau minggu mahupun bulanan anda.Sekarang anda sudah menghampiri untuk mencapai kemenangan peribadi yang diidamkan.

Kebaikan bila mancapai kemenangan peribadi 


Anda akan menjadi seorang yang matang dalam mengharungi liku-liku kehidupan yang penuh dengan tipu muslihat ini. Di tahap ini anda sudah mahir di dalam memastikan anda ada hala tuju yang hendak dicapai dan cara yang boleh dilakukan untuk mencapai cita-cita anda dalam jangka masa yang anda kehendaki. Dan yang paling mustahak sekali, segala perancangan yang anda rancangkan mungkin perlukan peruabahan setiap masa. Dengan kata lain anda perlu buat penilaian terhadap perancangan anda, adakah rancangan anda   berjalan seperti yang dirancangkan. Tidak ada manusia didunia ini yang dapat melaksanakan semua perancangan seperti yang dirancangkan, dari masa ke masa ianya perlu perbaikan supaya ianya ikut rancangan asal.Bila kemenangan peribadi sudah dalam tangan anda, tahap kemenangan yang perlu anda usahakan adalah " Public Victory " atau pun kemenangan awan. Saya akan bincangkan pasal kemenangan awan di lain kali, insyallah.



Sunday, 5 February 2012

Bagaimana Insuran Tolong Saya Dimasa Kesusahan

Enam tahun yang lepas, back in 2006 sesuatu yang tak diduga telah berlaku yang mana saya dan isteri saya telah diuji oleh Allah S.W.T. Anak yang kedua saya tiba-tiba jatuh dari "rocking horse"  dan akibat dari itu dia mengalami bleeding di dalam kepala dia. Saya masih ingat hari itu, Ahad. Saya macam biasa akan hantar isteri saya ke Uitm seksyen 17 kerana beliau mengajar PLK couse every sunday, dan lepas tu saya bersama anak saya yang sulong on the way menghala ke Giant Seksyen 13 untuk menukar satu alatan penapis air yang saya beli hari semalam yang tak berfungsi langsung. Selepas menukar penapis air tersebut, saya menerima panggilan dari isteri saya menyatakan anak lelaki saya jatuh dan muntah tidak henti. Anak saya itu  telah dibawa ke DEMC shah alam oleh kak ipar saya yang kebetulan tinggal berhampiran rumah saya.
           Saya dengan serta merta ke Uitm seksyen 17 untuk mengambil isteri saya dan kita orang terus ke DEMC shah alam. Sampai sahaja di DEMC shah alam, saya dinasihatkan untuk Dr disitu supaya anak saya di hantar ke SMC shah alam seksyen 20 supaya CT scan dijalankan dengan serta merta. Di SMJC seksyen 20, anak saya dimasukkan di unit rawatan rapi, dan CT Scan dijalankan dengan serta merta. Selepas CT scan dijalan, dua orang Dr meneliti Xray CT scan anak saya dan Dr tersebut confirm yang anak saya mengalami bleeding didalam kepala dan ianya pelu rawatan dengan kadar segera. Saya diberi option kepada saya oleh Dr berkenaan, sama ada saya hantar anak saya ke hospital keraajaan atau hospital swasta. Saya dipahamkan anak saya perlu perbedahan dengan kadar segera supaya blood clog di dalam kepala dia dirawat dengan kadar segera.
           Dan di klang valley ini hanya ada dua Dr pakar yang boleh melakukan perbedahan tersebut, one at SMC and another one at SJMC. Saya dipahamkan semua kos perubatan untuk kos perbedahan itu adalah lebih kurang RM20 K ++. Bila masa saya mendengar figure tersebut, dalam hati saya "Ya ALLAH, mana aku nak carik duit sebanyak tu, isteri aku telah pengsan bila mendengar  figure tersebut. Setelah beristifar 3/4x, saya bertawakal kepada ALLAH dan saya redha dengan ujian yang Maha Essa, saya bersetuju agar anak saya dihantarkan se SJMC dengan kadar segera. Di SJMC dua Dr pakar, satu Dr pakar kanak-kanak dan satu lagi Dr pakar Otak telah menjalankan pemeriksan intensive terhadap saya, beliau berdua telah memberi ubat untuk mengurangkan tekanan didalam kepala anak saya. Dan keesokkan paginya kepala anak saya akan dibedah untuk mengeluarkan darah didalam kepala supaya blood clog tidak berlaku.
           Pada malam tersebut anak saya diletak di dalam pemerhatian Dr 100%, surat kelulusan untuk menjalankan perbedahan telah saya tandatangani. Di malam itu saya dan isteri memohon dari Yang Maha Essa agar anak saya akan selamat dan dipanjangkan umurkan. Keesokan pagi ALLah itu maha Essa, sebelum anak saya dimasukkan ke dalam bilik perbedahan, Dr kumar menjalankan pemeriksaan terakhir sebelum perbedahan di jalankan. Keputusan dari pemeriksaan tersebut , alhamdulliah comment dari Dr kumar ubat untuk mengurangkan tekanan didalam kepala anak saya gives some good result. Dia berpendapatan bahawa anak saya tidak memerlukan perbedahan. Apa yang saya paham, darah yang terdapat didalam kepala anak saya bercampur dengan air di dalam otak, air itu sebenarnya akan bercamtum dengan air yang terdapat di dalam tulang belakang. Sekiranya darah yang terdapat didalam kepala anak saya tidak menghalang perngaliran air otak dengan air didalam tulang belakang, insyallah anak saya tidak memerlukan perbedahan. Lega hati saya dan isteri bila mendengar penjelasan dari Dr kumar.
           Sekarang benda yang memeningkan kepala saya, dimana saya nak cari duit sebanyak RM 20K untuk membiayai kos perubatan anak saya. Alhamdulliah baru saya teringat memang saya ada mengambil insuran perubatan untuk satu keluarga di dalam CUEPACS Care untuk tahun lepas, tapi masalah saya belum membayar premium sepenuhnya untuk tahun tersebut. Saya pun bertawakal untuk pergi ke pejabat insuran tersebut dan membayar sepenuhnya premium untuk tahun tersebut. alhamdulliah saya berjaya menyambungkan insuran tersebut. Setelah anak saya berada di SJMC lebih kurang 2 minggu disitu, dia dibenarkan keluar dan bill kos perubatan menghampiri RM15K, alhamdulliah semua kos perubatan di tanggung oleh CUEPACS Care. Sejak dari peristiwa tersebut, saya bernekat untuk mengambil insuran untuk semua anak-anak saya, saya dan isteri saya. Di sini lah datangnya " PRU BSN --> SIMPANAN DUA DALAM SATU UNTUK HARI TUA, pm saya Badrul di 019.221.4120 kalau anda berminat.